Kedaulatan dan Ketinggian Perlembagaan
Kedaulatan
- Negara turut dikaitkan dengan konsep ketinggian Perlembagaan.
- Ia bermaksud undangundang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan.
- Perlembagaan ditakrif sebagai kumpulan peraturan dan undangundang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah.
- Fungsi perlembagaan adalah memastikan wujudnya keamanan antara ahli masyarakat berpadukan peraturan-peraturan yang menjadi panduan kepada semua ahli masyarakat.
- Negara Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis iaitu Parlimen yang memperoleh kuasa dari perlembagaan.
- Ini bermakna undang-undang yang dibuat, digubal dan dipinda tertakluk kepada kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan.
- Umpamanya; dalam bidang perundangan, bidang kuasa parlimen hanya membuat dan menggubal undang-undang mengikut peruntukan perlembagaan.
- Manakala, dalam bidang kehakiman, mahkamah diberi kuasa mengistihar sesebuah undang-undang sebagai tidak sah sekiranya undang-undang yang dibuat oleh Parlimen itu berada di luar bidang kuasanya.
- Semasa melaksanakan fungsinya bagi memastikan undang-undang dan tindakan kerajaan sah di sisi perlembagaan, kuasa kehakiman adalah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan.
- Keadaan ini jelas menunjukan bahawa perlembagaan persekutuan disifatkan sebagai perlembagaan tertinggi di Malaysia.
- Kedaulatan penting bagi memastikan keamanan negara dapat dikekalkan.
- Rakyat dapat hidup dengan tidak diganggu, hak individu dihormati dan tidak dicabuli, bebas memilih cara hidup ,tidak dizalimi ,bebas memberi pendapat ,bebas beragama dan berpersatuan ,bebas bergerak dan menikmati kehidupan yang aman dan selesa
- .Oleh itu, pentingnya kedaulatan itu dalam sesebuah negara.
No comments:
Post a Comment