Thursday, August 6, 2015

MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA


  • Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang mempunyai rakyat berbilang kaum, agama dan budaya serta mempunyai konsep perlembagaan iaitu undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan utama para pemerintah negara dalam proses mentadbir negara. 
  • Konsep ini adalah di bawah kekuasaan mutlak seorang raja yang berperanan sebagai ketua hakim dan penggubal serta pelaksana undang-undang negara.
  •  Di atas aspek-aspek inilah negara kita Malaysia menjadi tumpuan asing selain mempunyai kekayaan sumber-sumber alam.


  • Dalam misi mengekalkan kedaulatan negara, penglibatan daripada semua pihak, termasuklah pemerintah dan rakyat, adalah sangat dituntut. 
  • Setiap individu ini seharusnya mengambil peranan masing-masing dalam melahirkan modal insan yang bertaraf tinggi. 
  • Di samping itu, mengamalkan konsep rukun negara sekali gus menerapkan nilai-nilainya ke dalam diri juga merupakan aspek yang perlu dilaksana dan dipelihara dalam usaha mengembalikan perpaduan semua kaum di Malaysia selain melahirkan masyarakat yang progresif, demokratik dan bersifat terbuka,dan  sekali gus mempertahankan maruah dan kedaulatan negara tercinta ini.


  • Negara kita Malaysia mendukung cita-cita yang tinggi bagi mengekalkan status negara harmoni dan berdaulat dan pada masa yang sama terus mengekalkan tradisi dan kebudayaan. 
  • Keterlibatan semua pihak adalah sangat penting bagi mencapai misi dan visi negara serta bagi mengelakkan negara kita dari belenggu penjajahan, baik dari segi mental dan fizikal, juga bagi memelihara maruah bangsa dan tanah air daripada dipijak sewenang-wenangnya oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Wednesday, August 5, 2015

Kedaulatan dan Ketinggian Perlembagaan Kedaulatan 



  • Negara turut dikaitkan dengan konsep ketinggian Perlembagaan. 
  • Ia bermaksud undangundang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan.
  •  Perlembagaan ditakrif sebagai kumpulan peraturan dan undangundang yang menentukan organisasi kerajaan dan pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah. 
  • Fungsi perlembagaan adalah memastikan wujudnya keamanan antara ahli masyarakat berpadukan peraturan-peraturan yang menjadi panduan kepada semua ahli masyarakat. 
  • Negara Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis iaitu Parlimen yang memperoleh kuasa dari perlembagaan. 
  • Ini bermakna undang-undang yang dibuat, digubal dan dipinda tertakluk kepada kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan. 
  • Umpamanya; dalam bidang perundangan, bidang kuasa parlimen hanya membuat dan menggubal undang-undang mengikut peruntukan perlembagaan. 
  • Manakala, dalam bidang kehakiman, mahkamah diberi kuasa mengistihar sesebuah undang-undang sebagai tidak sah sekiranya undang-undang yang dibuat oleh Parlimen itu berada di luar bidang kuasanya.
  • Semasa melaksanakan fungsinya bagi memastikan undang-undang dan tindakan kerajaan sah di sisi perlembagaan, kuasa kehakiman adalah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. 
  • Keadaan ini jelas menunjukan bahawa perlembagaan persekutuan disifatkan sebagai perlembagaan tertinggi di Malaysia. 
  • Kedaulatan penting bagi memastikan keamanan negara dapat dikekalkan.
  •  Rakyat dapat hidup dengan tidak diganggu, hak individu dihormati dan tidak dicabuli, bebas memilih cara hidup ,tidak dizalimi ,bebas memberi pendapat ,bebas beragama dan berpersatuan ,bebas bergerak dan menikmati kehidupan yang aman dan selesa 
  • .Oleh itu, pentingnya kedaulatan itu dalam sesebuah negara.

KEDAULATAN NEGARA MALAYSIA



  • Kedaulatan ialah hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan pentadbiran, rakyat, atau diri sendiri. 
  • Seseorang yang berdaulat (contoh: raja) ialah pihak penggubalan undang-undang yang agung, dan tidak menurut perintah sesiapa yang lain. 
  • Jean-Jacques Rousseau, dalam Buku III, Bab III wacana tahun 1763 beliau yang bertajuk Mengenai Kontrak Sosial, membincangkan bahawa "pertumbuhan Negeri yang memberi pemegang amanah pihak berkuasa awam lebih banyak nafsu dan cara untuk menyalah guna kuasa mereka, lebih banyak Kerajaan perlu memegang kuasa untuk mengawal rakyat, lebih banyak kuasa yang perlu dimiliki Raja untuk mengawal Kerajaan," dengan pemahaman bahawa Raja ini ialah "satu kewujudan bersama" (Buku II, Bab I) hasil "kehendak umum" rakyat, dan bahawa "apa yang diarahkan seseorang itu sendiri, tanpa mengira siapa dia, itu bukan undang-undang" (Buku II, Bab VI) - dan lebihan pula berdasarkan anggapan bahawa rakyat menggunakan cara yang tidak berat sebelah untuk memastikan kehendak awam.
  •  Maka bak pepatah undang-undang, "tiada undang-undang tanpa raja."